Penjaga gol muda Sarawak, Florian Rison telah digugurkan dari skuad Bujang Senang bagi musim 2015.
Menurut akhbar Borneo Post, pengguguran Florian adalah tanpa sebab yang diketahui.
Dalam pada itu, ini bermaksud bahawa Sarawak masih mempunyai satu lagi slot terbuka yang mana hanya boleh diisi dengan seorang pemain muda dari skuad Piala Presiden atau program pembangunan bolasepak Sarawak.
Pengguguran Florian sememangnya sudah dijangkakan selepas Sarawak secara tiba-tiba menyenaraikan empat penjaga gol bagi musim akan datang sebelum ini.
Penyenaraian empat panjaga gol secara tidak langsung memastikan bahawa salah seorang fari empat pemain tersebut akan hanya memanaskan bangku simpanan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] the rest of the new youthful call-ups, Florian (photo) was previously identified to be drafted into the senior squad but was dropped without reason before the season […]