Joseph Kalang melahirkan kekecewaan beliau berkenaan pencapaian pasukan Sarawak yang diketuainya tahun ini.
Menurut pemain yang berasal dari Miri itu, Sarawak gagal memperbaiki pencapaian tahun lepas di Piala Malaysia dan beliau secara peribadi merasakan ianya satu pencapaian yang kurang baik.
Menurut Joseph, jika beliau ditawarkan dan menerima kontrak oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), beliau ingin membuat lebih baik lagi untuk musim hadapan sambil menambah bahawa beliau masih ada banyak lagi untuk dibuktikan pada tahun hadapan.
Joseph turut memberi indikasi bahawa skuad Sarawak pada musim 2015 berkemungkinan akan mempunyi banyak pemain bukan Sarawak kerana berlaku penghijrahan di kalangan pemain tempatan.
Sumber: New Sarawak Tribune
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] had previously already stated that he remains loyal to Sarawak, and is awaiting a contract offer from the club to seal his stay […]