Robert Alberts telah acap kali melahirkan keinginan beliau untuk melihat Junior Eldstal kekal di Sarawak bagi musim hadapan.
Beliau yang dipetik ahbar New Sarawak Tribune sebagai berkata “Saya berharap beliau akan kekal bersama Sarawak apabila Sarawak menawarkan beliau tawaran yang lebih baik”.
Menurut laporan akhbar tersebut, Robert amat berharap Junior tidak akan mengikut jejak langkah rakan sepasukannya yang kini banyak berhijrah ke pasukan lain untuk persediaan musim hadapan.
Junior yang merupakan pemain pertengahan yang tingi lampai telah dibawa masuk oleh Robert pada musim 2012, yang mana menyaksikan beliau pantas diserap ke skuad kebangsaan oleh Ong Kim Swee. Beliau yang sudah bersama Sarawak selama dua musim dikatakan menerima banyak tawaran untuk bermain bersama pasukan lain bagi musim 2015.
Sebuah akhbar tempatan juga turut melaporkan bahawa Junior telahpun bersetuju dengan perpindahan ke Selangor FA pada tahun hadapan.
Sunguhpun demikian, menurut Robert, Junior masih belum membuat keputusan untuk berhijrah walaupun sememangnya telah berhajat untuk berhijrah pada tahun hadapan apabila tawaran yang diperolehinya sangat baik.
Sumber: New Sarawak Tribune
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] local paper nonetheless confirmed that Selangor was the destination of Junior, although the same paper published numerous reports later to deny that Junior was indeed on the move, and that Sarawak would be offering him a […]