Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan mengemukakan rayuan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung denda berjumlah RM80,000 dan hukuman bermain dua perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri oleh badan induk itu.
Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi, berkata pihaknya menerima surat berhubung hukuman denda itu minggu lepas dan mempunyai tempoh dua minggu untuk mengemukakan rayuan.
Menurut Abdullah, FAS akan memohon RM80,000 tersebut dikurangkan dan hukuman bermain dua perlawanan di stadium kosong dibatalkan.
FAS dalam pada itu dikatakan akan mengemukakan beberapa justifikasi untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Abdullah berkata pembayaran denda RM80,000 itu sebagai kerugian besar bagi FAS sambil menambah wang sebanyak itu boleh digunakan untuk pembangunan pasukan.
Sumber: BERNAMA
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
[…] FAS telah menyatakan sebelum ini bahawa mereka akan berusaha untuk mengurangkan hukuman tersebut dengan membuat rayuan kepada pihak […]
[…] fans had hoped that FAM would yet again give the Crocs some leniency like what happened in 2013 and 2015, but it looks like FAM is sticking with their decision to fine FAS RM25,000 and order the Crocs to […]