Bekas penyerang Sarawak, Zamri Morshidi dikhabarkan telah menjadi milik pasukan bolasepak syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Mengikut sumber SarawakCrocs.com, berita tersebut telah disahkan, namun belum ada khabar ‘hitam putih’ dari pemain itu sendiri ketika dihubungi pihak kami.
Sungguhpun didaftarkan pada 2011, AirAsia FC adalah pasukan baru di Liga FAM musim ini dan pasukan milik Tony Fernandez itu kini sedang giat menjalankan sesi pemilihan pemain bagi musim 2016.
Adalah dikhabarkan bahawa AirAsia FC memandang musim 2016 dengan serius dan meletakkan harapan ke Liga Perdana pada musim 2017.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys

[…] seorang lagi bekas pemain Sarawak, Zamri Morshidi sah menyarung jersi AirAsia FC seperti yang kami war-warkan baru-baru ini apabila AirAsia FC turut mengumumkan beliau sebagai penyerang baharu kelab […]